PENGENALAN
Arnab merupakan sejenis mamalia dalam kumpulan order lagomorpha dari alam haiwan filum kordata. Haiwan ini hidup secara berkoloni dan tinggal didalam lubang yang dikorek. Haiwan ini pada asal hidup pada persekitaran bebas di zon iklim sederhana. Haiwan ini membiak dengan cara melahir, menyusu dan menjaga anak sepanjang tempoh pembesaran sehingga cerai susu.Tidak kurang dari 72 spesis yang telah dikenalpasti di seluruh dunia yang sebahagian besarnya terdapat di Benua Eropah, Amerika dan Australia. Secara amnya, arnab yang berada di persekitaran tropika termasuk Malaysia adalah arnab penghijrah yang dibawa oleh kaum pendatang seperti pedagang, penjajah dan juga migran. Di kawasan beriklim sederhana, arnab dianggap musuh kepada peladang. Ini kerana, arnab adalah spesis herbivor iaitu memakan hampir semua tumbuhan hijau. Dalam habitat semulajadi, seekor arnab mampu menghabiskan 1 kilogram tumbuhan hijau sehari. Dengan kadar kelahiran yang tinggi amat cepat berkembang telah menyukarkan para peladang untuk mengawal populasi. Tempoh matang arnab betina ialah 4 hingga 5 bulan dan 5 hingga 6 bulan bagi pejantan. Seekor induk betina boleh melahirkan purata 5 ekor anak dalam satu-satu masa dan dalam tempoh 48 jam akan mengawan semula. Tempoh bunting arnab ialah antara 30 - 35 hari. Jangka hayat maksimum arnab ialah 12 tahun. Untuk penternakan komersial, Umur maksimum 2 tahun adalah tempoh yang sesuai dan produktif.
FAKTA LAIN TENTANG ARNAB
Nama Latin : Oryctolagus cuniculus
Panggilan untuk betina dewasa : Doe
Panggilan untuk jantan dewasa : Buck
Panggilan untuk anak : Kittens
Bilangan anak : 4-12
Berat waktu lahir : 30 – 80 gm
Tempoh buka mata : 10 hari
Purata berat : Jantan 1– 5 kg / Betina 1– 8 kg
Tempoh henti menyusu : 4-7 minggu
Suhu badan : 103.3-104F; 38-40C
Kadar denyutan jantung : 130-325 denyutan seminit
Kadar pernafasan : 32-60 tarikan nafas seminit
Rekod dunia paling tinggi melompat : 1 meter
Rekod dunia paling jauh melompat : 3 meter
Telinga paling panjang : 31.125 inci
Paling lama hidup : 19 tahun
Mempunyai 18 jari kaki : 4 setiap kaki belakang dan 5 setiap kaki depan
Warna bulu : Lebih dari 150
Warna mata : coklat, biru-grey, biru, marbel dan pink
Waktu aktif : Awal pagi dan malam
10 comments:
saya sebenarnya baru berura-ura untuk menceburi bidang penternakan arnab nie, saya sekarang sedang mencari info tentang cara untuk menternak, apa prospek untuk bidang ternakan nie, dan kalau saya rasa ia berbaloi saya mungkin akan menceburinya secar full time....tak tau pon desa bayu arnab tu dok satu daerah dengan kampong saya. saya sekarang seorang kakitangan kerajaan.....dah mula rasa bosan kerja pejabat.
Assallamualaikum!, Terima kasih diatas minat tuan utk memelihara arnab.Walau apapun tujuan ternak @ bela arnab, potensinya cukup memberangsangkan. Produk yg mempunyai pasaran yg tersendiri samada untuk hobi ( pet ), daging ( meat ), perubatan ( medical ), Tarikan taman permainan dan sebagainya. Sedikit info utk pengetahuan tuan. Penternakan arnab di Malaysia masih lagi pada skala kecil tetapi permintaan amat tinggi. dgn kapasiti penduduk berjumlah hampir 24 juta, pasaran domestik utk pet amat tinggi sekali kerana memang sifat rakyat malaysia amat penyayang. sekurang-kurangnya 1% @ 240 ribu rakyat Malaysia memelihara pelbagai spesis haiwan utk hobi semata-mata dan dari 240 ribu itu, dgn mengambil kira hanya 10% yg bela arnab bermakna 24 ribu ekor setahun @ 2000 ekor sebulan. Jika dibuat pecahan ikut negeri, secara purata setiap negeri semenanjung memerlukan 181.8 ekor anak setiap bulan!. Ini anggaran minima sahaja. Tetapi permintaan sebenar adalah jauh lebih tinggi. Berdasarkan maklum balas blog saya http://arnab-manja.blogspot.com , permintaan melebihi jangkauan. Kajian market yg tlh sy buat, utk daerah saya ( besut, Terengganu ) dgn kapasiti penduduk 200 ribu ialah 160 ekor sebulan ( ada 8 kedai haiwan ternak @ 20 ekor setiap kedai ), pasir puteh, bachok, melor, Kota Bharu ( Kelantan ) bilangan penduduk 500 ribu(15 kedai ternak haiwan bersamaan 300 ekor sebulan). Jadi permintaan sebenar sebulan utk area yg disebutkan ialah 460 ekor. Pengeluaran sy skrg hanya antara 50 – 80 ekor setiap 50 hari pd kadar RM6/ekor. Utk market bandar besar pantai barat tentulah lebih tinggi dgn kepadatan penduduk yg agak tinggi & harga seekor juga adalah tinggi, sekitar RM20 – RM35/ekor ( anak ) Dewasa RM50 – RM80. Produk berasaskan penternakan arnab seperti biojisim ( najis ), perubatan-ubat kuat ( arnab jantan boleh mengawan setiap lima minit & betina bila-bila masa jika diperlukan ), extract ( pati ), makanan segera ( burger, sosej dsb ) belum diterokai sepenuhnya. Permintaan utk daging juga tinggi.
Jadi inilah masa yg sesuai utk kita terokai alam penternakan arnab. Rebutlah peluang ini.
Saya becadang untuk memelihara arnab pada skala kecil dulu, then saya akan tgk pasaran di kawasan itu.....sekarang ada tanah yang keluasan nya tidak begitu besar cuma satu ekar termasuk dengan tapak rumah.....cuma nak tanya pandangan daripada en zahasalleh...sesuai atau tidak jika kita membuka ternakan arnab tersebut berhampiran kawasan rumah.
Sekadar ingin mencuba bidang baru.
Terlupa tanya....en ada cadangan tak di mana saya boleh sertai kursus untuk ternakan arnab nie.....say perlu siapkan diri dengan ilmu...memandangkan langkah yang saya akan ambil tu berisiko....let say, kalau jadi rancangan saya nie..boleh ke saya dapatkan pandangan dan nasihat daripada en zaha, mungkin dari segi pasaran atau car nak settlekan masalah 2 berkenaan arnab nih....?
saya tolong jawabkan untuk cik zaha.. ehehehe kat institut haiwan kluang bulan 5 nih ader kursus arnab dibawah kelolaan intitut haiwan kluang. kalau dengan cik zaha pon ada.
nak tanya en.zaha, kalau saya copy paste apa yang en.zaha tulis dalam ruang komen nih dalam blog saya boleh?? kena tanya dulu tuannya, baru boleh. sebab kalau orang lain pon saya tanya dulu, jangan bimbang, credit iklan akan diberikan untuk blog dan en.zaha..
---------------
www.arnabkiut.blogspot.com
Nice quote.
Website SEOSEO Company ClickResponse provides a full range of website SEO, SEO marketing & website marketing services. NJ SEO Firm: Choose our SEO company for effective website promotion.
saya dari kuching,swk,nak tanya sikit,disarawak nie ada pasaran ker untuk ternakan daging arnab,buat masa nie saya ternak beberapa ekor arnab dan beberapa ekor arnab betina yang sudah beranak,saya harap tuan dapat membantu saya mcm mana nak memmasarkan daging arnab..
saya dari kuching,swk,nak tanya sikit,disarawak nie ada pasaran ker untuk ternakan daging arnab,buat masa nie saya ternak beberapa ekor arnab dan beberapa ekor arnab betina yang sudah beranak,saya harap tuan dapat membantu saya mcm mana nak memmasarkan daging arnab..
Post a Comment