Outlet Tangki Untuk Pelbagai kapasiti
Rabbit Niple Pakej
Mengapa Arnab Harus Dijadikan Haiwan Peliharaan Terbaik Untuk Keluarga?
Tawaran Sewaan Arnab Untuk Pameran
Modul Kursus Usahawan Ternak Arnab
Modular Cage Versi dipertingkatkan AME-SD
Arnab Manja Enterprise (AME) KT0285868-A ( dahulu dikenali sebagai Desa Bayu Rabbit Farm-DBRF ) beralamat di Lot 4499, Kg. Batu Tumboh, 22200 Besut, Terengganu kini beroperasi dengan lebih mantap, kemas dan tersusun. Selain memiliki dan menjual pelbagai spesis arnab hias yang menarik dan anggun, kami juga menjual pelbagai peralatan pengurusan arnab khusus untuk mempertingkatkan pengeluaran produk berkualiti.
Bagi berkongsi pengalaman dengan bakal penternak dan penternakan tradisional untuk meningkatkan daya pengeluaran berkualiti, kami telah menubuhkan Pusat Inovasi Ternakan Arnab Komersial.
Pusat Inovasi ini telah dilancarkan secara rasmi pada suku pertama tahun ini(2011). Selepas pelancaran ini, AME akan terus memberikan sumbangan dan perkhidmatan kepada pelbagai pihak untuk berkongsi maklumat dalam penternakan ini.
Dalam tempoh lima tahun 2011-2016, AME berhasrat memperluaskan lagi penubuhan pusat inovasi. Dalam menjayakan misi ini, AME akan menawarkan kepada penternak tradisional yang komited untuk membangunkan pusat-pusat inovasi mengikut zon. AME menjangkakan akan melancarkan 3 lagi pusat inovasi di seluruh negara iaitu 1 di zon selatan ( Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ), 1 zon di utara ( Pulau Pinang, Kedah, Perlis ) dan 1 zon tengah ( Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya serta Perak )
Majlis Penyerahan Arnab dan Kelengkapan Penternakan
Dengan dihadiri oleh Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Tuan Haji Abd. Ghafar b. Zakaria serta seramai 15 orang pelajar yang juga ahli jawatankuasa pengurusan ternak arnab komersial hobi berkualiti tinggi PSMZA.
Dalam majlis ini, kelengkapan berkenaan telah diserahkan dengan lengkap dan sempurna iaitu :-
5 pasang induk arnab matang yang terdiri dari sepasang teddy bear, sepasang woody toy, sepasang fuzzy lop, sepasang rex dan sepasang netherland Dwarf, 5 unit sangkar modular dengan kapasiti 20 sel beserta dengan rangka tapak, 20 unit bekas makanan tembikar, 20 set sistem air minuman automatik berpusat, 15 unit takung najis serta sebuah bangsal peneduh dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi.
Semoga langkah ini dapat memperkasakan lagi dunia ternakan arnab hobi. Mudah-mudahan projek ini dapat berkembang biak dengan sebaik mungkin
PSMZA Rabbit Team 12/02/2011
Bingkisan Tahun Arnab Tahun Baru 2011
Selamat tahun baru 2011M. 2011 adalah tahun arnab dlm kelendar Cina ini bakal meledakkan industri ternak arnab di Malaysia. Penternak tradisional, perlu tingkatkan usaha untuk menjana pendapatan yg lebih baik. Sepanjang tahun 2010, industri ternakan arnab hobi ( arnab hidup ) tlh berkembang dgn agak baik. Permintaan yang tinggi telah memberi impak yang cukup baik untuk penternak tempatan. Bagaimanapun keupayaan pengeluaran domestik jauh lebih rendah dari permintaan dan ini menyebabkan arnab hias dari Indonesia dan Thailand terpaksa dibawa masuk.
Untuk beberapa tahun akan datang , arnab-arnab dari indonesia dan Thailand akan terus mendominasi pasaran di Malaysia memandangkan tiada usaha untuk tingkatkan pengeluaran dikalangan penternak domestik serta tiada usaha untuk memperbaiki mutu arnab tempatan agar lebih menyerlah dan menarik. Komitmen dari semua pihak khususnya penyelidik tempatan dalam menghasilkan arnab baka yg baik dan menarik tersangat diperlukan.
Kerajaan juga harus menyokong industri ini dengan menyediakan dana serta khidmat nasihat dan teknikal untuk memartabatkan industri arnab tempatan seiring dgn penternak dari negara jiran. Industri haiwan eksotik juga mampu menghasilkan pendapatan negara serta mengurangkan pengaliran wang keluar negara.
Berdasarkan unjuran permintaan dan pengeluaran 2010 yang dikumpulkan oleh Arnab Manja Enterprise (AME), arnab dari baka-baka comel dan anggun seperti Lion Head, Holland dan English Lop, Anggora, Woody Toy, Teddy Bear, Nedtherland Dwarf serta rex begitu tinggi permintaannya. Bagaimanapun, 80% drpd spesis ini terpaksa dibwk masuk dari negara jiran. Mengapa penghasilan produk berkualiti arnab hidup dari negara jiran telah mendahului kita? Walaupun di negara berkenaan, arnab diternak oleh penternak tradisional tetapi pengeluarannya adalah tinggi dengan variasi yang menarik hingga mampu dieksport ke Malaysia. Kaedah penternakan mereka adalah hampir sama sebagaimana kaedah yg diamalkan oleh penternak tradisional Malaysia.
Penternak tradisional Malaysia harus berusaha dengan lebih gigih lagi bagi mempertingkatkan pengeluaran bagi memenuhi sekurang-kurangnya 50-60% permintaan domestik sebelum mengorak langkah mengeksport arnab hidup yg berkualiti bagi menyaingi negara jiran.
Kaedah penternakan tradisional hobi harus ditingkatkan menjadi tradisional hobi komersial bagi merealisasikan harapan ini.
AME amat komited bahawa tahun 2011, permintaan terhadap arnab hidup akan terus meningkat. Dengan suasana ekonomi yang semakin pulih, promosi yang berterusan, minat serta kuasa beli yang tinggi dikalangan masyarakat, ternakan arnab di Malaysia akan terus berkembang.
VISI 2011 ARNAB MANJA
Mengadakan hubungan kerjasama dengan pelbagai institusi pendidikan, kumpulan-kumpulan usahawan serta agensi yg berkaitan bagi memperkasakan industri arnab tempatan dan mengangkat kepersada antarabangsa.
Bengkel Teknologi Penternakan Arnab
Peralatan yang akan dibuat di bengkel ini ialah sangkar modular dan kotak anak.
Kerja-kerja Tapak
Sesi lawat tapak projek
Selangkah meneroka dunia penternakan arnab berkualiti tinggi.
Sunday, December 11, 2011
Sunday, October 31, 2010
Selangkah Ke Dunia Penternakan Arnab Komersial
Tip 1
Memulakan projek.
Konsep komersial |
Spesis Dutch |
Posted by Azahani Salleh at 2:18 PM 0 comments
Saturday, October 30, 2010
Selangkah Ke Dunia Penternakan Arnab Komersial
Tips 2
1. Pemilihan kawasan.
- Kawasan pemeliharaan hendaklah bebas dari masalah banjir.
- Kawasan hendaklah selamat dari gangguan pemangsa atau gangguan pada tahap minimum dan boleh dihalang
- Tidak menganggu dan mendatangkan masalah kepada jiran tetangga.
Bangsal tradisional |
Material logam atau konkrit |
4. Pembinaan sangkar.
Sangkar tradisional |
Sangkar modular |
7. Semua unit sangkar seharusnya dalam konsep mudah alih. Ini untuk memastikan sesi penyenggaraan mudah dikendalikan.
8. Pembinaan kotak anak
Kotak anak |
9. Bekas Makanan.
Bekas makan boleh disediakan menggunakan meterial terbuang dengan sedikit penambahbaik. Bekas plastik dan logam amat sesuai untuk dijadikan bekas makanan. Bagaimanapun, terdapat kecenderungan sesetengah arnab mempunyai sifat yang agak 'nakal'. Tabiat suka menterbalik, membuang najis dan duduk bersantai dalam bekas makanan adalah fenomena biasa bila menggunakan bekas makanan jenis ini.
Di pasaran, terdapat bekas makanan komersial yang mudah diurus dan dikendalikan. Namun begitu kos untuk perolehan peralatan ini agak tinggi. Bagaimanapun, penggunaan peralatan untuk jangkamasa panjang amatlah berbaloi.
10. Bekas Minuman
Secara tradisional, semua bekas yang boleh menakung air boleh digunakan sebagai bekas minuman arnab. Penggunaan bekas terpakai amat praktikal dari segi kos dan penggunaan semula bahan terbuang. Bagaimanapun penjagaan dan penyenggaraan agak lebih rumit berbanding dengan penggunaan bekas minuman komersial yang berupa sistem paip automatik atau botol berinjap.
Posted by Azahani Salleh at 8:10 PM 0 comments
Monday, March 22, 2010
Pemilihan Baka
Pemilihan baka perlu dilakukan dengan teliti. Aspek penting dalam pemilihan baka ialah;
1. Memastikan apakah tujuan untuk menternak arnab.
2. Produk sebenar yang akan dikeluarkan.
3. Dari mana sumber perolehan.
4. Apakah informasi yang boleh diberi oleh penjual.
5. Memeriksa dengan teliti arnab yang ingin dibeli.
- Pastikan fizikal arnab ada sempurna, tidak cacat sebarang anggota.
- Periksa kesihatan, pastikan keseluruhan badan arnab dalam keadaan kering. Jika terdapat kesan lembapan, periksa dengan teliti bahagian punggung, kemungkinan arnab cirit birit.
- Pastikan bulu, mata dan telinga dalam keadaan normal dan ceria.
- Pastikan arnab berada dalam keadaan aktif, iaitu sentiasa bergerak dan melompat ini untuk memastikan arnab itu tidak tempang.
Pembelian hendaklah dilakukan dari sumber yang boleh dikenalpasti mempunyai kemahiran serta pengetahuan tentang aspek pengurusan dan pengendalian ternakan arnab. Seboleh-bolehnya elakkan dari membeli dari kedai haiwan. Ini kerana kedai haiwan mungkin tidak dapat memberikan maklumat asas berkaitan arnab serta tiada rekod dari penternak asal. Pada kebiasaannya, arnab yang dijual di kedai-kedai haiwan, secara majoriti diternak secara tradisional oleh masyarakat kampung. Penternak tradisional secara umumnya tidak mempunyai sebarang catatan. Kalau ada pun hanya sekadar untuk pengetahuan sendiri. Spesifikasi rekod seharusnya mempunyai maklumat asas seperti baka/spesis, tarikh lahir, berat semasa, lokasi dilahirkan, jenis pemakanan, jenis reban ( permukaan lantai, dinding) dan rekod kesihatan
Posted by Azahani Salleh at 11:08 AM 0 comments
Sunday, March 23, 2008
PENGENALAN
Arnab merupakan sejenis mamalia dalam kumpulan order lagomorpha dari alam haiwan filum kordata. Haiwan ini hidup secara berkoloni dan tinggal didalam lubang yang dikorek. Haiwan ini pada asal hidup pada persekitaran bebas di zon iklim sederhana. Haiwan ini membiak dengan cara melahir, menyusu dan menjaga anak sepanjang tempoh pembesaran sehingga cerai susu.Tidak kurang dari 72 spesis yang telah dikenalpasti di seluruh dunia yang sebahagian besarnya terdapat di Benua Eropah, Amerika dan Australia. Secara amnya, arnab yang berada di persekitaran tropika termasuk Malaysia adalah arnab penghijrah yang dibawa oleh kaum pendatang seperti pedagang, penjajah dan juga migran. Di kawasan beriklim sederhana, arnab dianggap musuh kepada peladang. Ini kerana, arnab adalah spesis herbivor iaitu memakan hampir semua tumbuhan hijau. Dalam habitat semulajadi, seekor arnab mampu menghabiskan 1 kilogram tumbuhan hijau sehari. Dengan kadar kelahiran yang tinggi amat cepat berkembang telah menyukarkan para peladang untuk mengawal populasi. Tempoh matang arnab betina ialah 4 hingga 5 bulan dan 5 hingga 6 bulan bagi pejantan. Seekor induk betina boleh melahirkan purata 5 ekor anak dalam satu-satu masa dan dalam tempoh 48 jam akan mengawan semula. Tempoh bunting arnab ialah antara 30 - 35 hari. Jangka hayat maksimum arnab ialah 12 tahun. Untuk penternakan komersial, Umur maksimum 2 tahun adalah tempoh yang sesuai dan produktif.
FAKTA LAIN TENTANG ARNAB
Nama Latin : Oryctolagus cuniculus
Panggilan untuk betina dewasa : Doe
Panggilan untuk jantan dewasa : Buck
Panggilan untuk anak : Kittens
Bilangan anak : 4-12
Berat waktu lahir : 30 – 80 gm
Tempoh buka mata : 10 hari
Purata berat : Jantan 1– 5 kg / Betina 1– 8 kg
Tempoh henti menyusu : 4-7 minggu
Suhu badan : 103.3-104F; 38-40C
Kadar denyutan jantung : 130-325 denyutan seminit
Kadar pernafasan : 32-60 tarikan nafas seminit
Rekod dunia paling tinggi melompat : 1 meter
Rekod dunia paling jauh melompat : 3 meter
Telinga paling panjang : 31.125 inci
Paling lama hidup : 19 tahun
Mempunyai 18 jari kaki : 4 setiap kaki belakang dan 5 setiap kaki depan
Warna bulu : Lebih dari 150
Warna mata : coklat, biru-grey, biru, marbel dan pink
Waktu aktif : Awal pagi dan malam
Posted by Azahani Salleh at 10:52 PM 10 comments
Reban kini, mulai 28 Februari 2010
Reka bentuk modular
Modular Cage Plan
Bahan dan peralatan
Bahan.
1. Jaring dawai 1 inci X 2 inci
2. jaring dawai 1 inci X 0.5 inci
1. Pemotong dawai
2. Playar hujung tirus panjang
3. Kabel tai
4. Marker
5. Pita pengukur
Berikut adalah harga yang kami tawarkan.
Harga bahan : RM6.50 sekaki panjang.
Set peralatan : RM32.00 satu set.
1. Model 4S ( 4 sel dalam 1 unit ) = RM280.00 / unit
2. Model 2S ( 2 sel dalam 1 unit ) = RM180.00 /unit
* Penghantaran ke seluruh Malaysia, minima tempahan 10 unit untuk model 4S atau 20 unit model 2S
Harga modular cage pasang sendiri (D.I.Y) lengkap**#
1. Model 4S ( 4 sel dalam 1 unit) = RM160.00 /unit
2. Model 2S ( 2 sel dalam 1 unit = RM80.00 / unit
** Penghantaran ke seluruh Malaysia tanpa had minima
# Termasuk manual bergambar cara pemasangan
Kesemua harga tidak termasuk kos penghantaran.
Langkah 1- Kerja-kerja mekanikal
1. Pastikan ada beban yang sesuai diletakkan diatas gulungan dawai yang telah dibuka. Ini untuk mengelakkan dawai berkenaan bergulung ke bentuk asal. Dawai bersifat anjal.
2. Potongan terakhir, peringkat cerai gulungan dengan potongan yang dikehendaki boleh menyebabkan kecelakaan. Hati-hati, hujung yang runcing boleh mendatangkan kecederaan.
Kaedah yang sama juga perlu dilakukan untuk mendapatkan dawai alas lantai ( dawai 0.5 inci X 1 inci )
Kuantiti dawai rangka yang perlukan: 2 keping dengan panjang yang sama.
Kuantiti dawai alas yang diperlukan : 1 keping dengan panjang yang bersamaan dengan dawai rangka.
Berikut adalah kedudukan dawai selepas dipotong
Langkah 2
Klasifikasi Arnab
MISI DAN VISI
MISI
Arnab Manja Enterprise ( AME ) dulu dikenali sebagai Desa Bayu Rabbit Farm ( DBRF) yang menjalankan penternakan arnab komersial berusaha sedaya upaya mereformasikan konsep penternakan arnab di Malaysia untuk memastikan penternakan ini mampu menjana pendapatan bagi penambahbaikan sumber ekonomi keluarga pada skala industri. Mengubah prospek ternak hobi domestik kepada ternak hobi komersial.
VISI
Untuk memastikan usaha ternak arnab berdaya saing dalam persekitaran penternakan komersial dengan kepelbagaian produk terhasil dari kesungguhan masyarakat Malaysia.
PROSPEK PENTERNAKAN ARNAB DI MALAYSIA
Arnab diternak di seluruh dunia untuk untuk pelbagai tujuan. Di Eropah dan Asia, arnab merupakan sumber makanan penting. Arnab menghasilkan daging putih yang halus, tinggi protein, rendah lemak, sangat enak, dan boleh menggantikan unggas di sebahagian besar resepi. Bangkai arnab hanya terdiri dari 20 peratus tulang. Di Amerika Syarikat, penternakan arnab lebih diutamakan untuk tujuan penghasilan kulit sebagai perhiasan dan pakaian. Penyelidikan perubatan dan kosmetik juga memerlukan sejumlah besar arnab setiap tahun. Ramai penternak menternak arnab sebagai hobi semata-mata tanpa menyedari bahawa sumber protin yang terdapat dalam daging arnab amat sesuai untuk diet pemakanan alternatif yang berkualiti tinggi.
Dunia penternakan arnab di Malaysia lebih mengenali arnab sebagai spesis haiwan yang diternak atau dibela sebagai haiwan kesayangan. Sifatnya yang manja, mesra dan menawan serta mudah dilatih telah menenggelamkan produk lain yang boleh dimanfaatkan seperti daging, bulu, kulit serta kompos. Ditambah pula sifat penyayang masyarakat Malaysia, haiwan ini gagal dimanfaat untuk sajian seisi keluarga.Penggunaan dalam penyelidikan, perubatan, pameran dan pertunjukan haiwan serta tarikan ke pusat-pusat rekreasi juga merupakan satu nilai tambah produk berasaskan arnab.Produk siap seperti penghasilan daging burger, sate, sosej, makanan ditinkan, serunding yang merupakan sebahagian dari diet pemakanan rakyat Malaysia amat sukar diperolehi dipasaran tempatan. Sehingga kini, tidak ramai pengusaha penternakan di Malaysia mengusahakan ternakan ini secara produktif. Sedangkan prospek penternakan ini amat cerah untuk dikomersialkan samada diperingkat domestik atau antarabangsa.Terlalu bergantung kepada beberapa jenis ternakan sahaja bukanlah satu langkah yang bijak dalam memastikan stok daging negara mencukupi untuk jangka masa yang panjang.Dengan kepelbagaian produk yang boleh dihasilkan, penternakan berskala besar perlu digiatkan. Kerajaan seharusnya membantu menyediakan kemudahan dan skim galakan bagi memungkin penternakan ini berdaya saing dalam memenuhi stok daging negara. Kemudahan pembiayaan kewangan, Latihan dan pemasaran amatlah diperlukan. Kajian dan penyelidikan dalam penghasilan produk berasaskan arnab perlu ditingkatkan.Malaysia akan terus menjadi pengimport tegar produk daging untuk beberapa dekad akan datang jika tiada usaha berterusan dilakukan mulai sekarang dalam memperkayakan koleksi penternakan komersial.
Terdapat 3 skop utama dalam dunia ternakan arnab.
1. Ternak hobi
2. Ternak komersial enterprise
3. Ternak komersial industri
Ternak hobi.
Pada asasnya ternak hobi ialah menternak bagi mengisi masa lapang, dikendalikan oleh ahli keluarga secara sambilan. Kuantiti ternakan ialah antara 2 hingga 50 ekor. Dijalankan dikawasan yang agak terhad. Contohnya di Taman-taman perumahan, pinggiran jalan atau tanah rezab atau di flat-flat. Produk utama ialah jualan arnab hidup untuk ternak hobi. Pemilihan baka lebih tertumpu pada kecantikan fizikal, mesra dan manja yang mempunyai berat badan antara 500 gram hingga 2 kg pada umor matang. Baka-baka fancy yang menjadi pilihan antaranya silver marten , Polish, himalayan, anggora, lop ear , Lion Head, Jersey wool( english, holland, french dsb)
Ternak Komersial Enterprise
Kuantiti ternakan ialah diantara 50 hingga 500 ekor. Dikendalikan samada separuh masa atau sepenuh masa menggunakan tenaga kerja terlatih. Tidak sesuai dijalankan di kawasan persekitaran kediaman atau taman-taman perumahan. Produk utama ialah jualan anak serta daging. Anggaran kos tak berubah permulaan RM3000.00 untuk pembinaan bangsal, reban serta peralatan makan/minum. Kos berubah RM175.00
Ternak Komersial Industri.
Kuantiti ternakan melebihi 500 ekor. Dijalankan secara sepenuh masa. Dikendalikan oleh pekerja mahir dan terlatih. Memerlukan kawasan yang besar untuk membina bangsal dan sistem keselamatan pencerobohan anasir yang tidak ingini. Produk utama ialah jualan arnab hidup untuk ternak hobi, daging, bulu, kulit serta produk hiliran seperti produk dingin beku atau produk siap seperti daging burger, sosej, makanan ditinkan dan sebagainya. Kos tidak berubah boleh menjangkau melebih RM10,000 dan kos berubah boleh menjangkau lebih RM2500.oo sebulan
Latar Belakang
Memulakan ternak arnab sebagai hobi pada 25 Disember 2005. Dengan memiliki sepasang induk matang pemberian ibu saudara.
Sepanjang 2007, arnab kami telah berkembang biak dalam kuantiti diluar jangkaan. Dari sepasang, sudah menjadi lebih dari 20 ekor. Itu pun banyak jugak yang mati samada dicuri oleh pemangsa, penyakit atau dimakan oleh pejantan.
Bermula tanpa sebarang pengetahuan dan pengalaman, tanpa sebarang persediaan rapi, arnab dibela dalam kurungan separa terbuka berlantaikan tanah.
Oleh kerana kurangnya pengetahuan dan pengalaman, banyak arnab kami telah berjaya menyusup keluar dari reban ( rupanya spesis ni memang pakar buat terowong, kepakaran yang sama dengan rakyat Palestin) . Bersimpang siur terowong dibina. Pantang melangkah ke dalam reban, pasti terjerumus ke lubang terowong. Ada yang memahami perasaan pemiliknya, bersedia kembali lagi ke reban ( mungkin spesis ni memiliki GPRS kot ). Tapi ramai juga yang tidak dapat dikesan. Hilang tanpa sebarang kesan, tanpa sebarang pesan. Untuk mengesan didalam semak dan belukar bukan perkara mudah.
* Tip! untuk mencari arnab hilang dalam semak atau belukar, jangan kesan di waktu tengahari antara jam 10 pagi hingga 4 petang. Diwaktu ini, arnab akan berehat dicelah-celah kayu, semak serta di dalam lubang dan memang sifat semulajadi ia tidak begitu aktif disiang hari. Kesanlah diawal pagi atau lewat petang, sebab spesis ni akan keluar dari tempat persembunyian.
Bermula Januari 2008, AME memasuki fasa baru bila blog ini dilancarkan. Maklum balas dari peminat arnab diluar jangkaan. Permintaan terhadap produk berasaskan arnab diluar kemampuan.
Mulai saat ini, prospek ternak hobi terpaksa kami ubah kepada ternak komersial enterprise. Bagaimanapun produk teras hanya berfokus kepada pengeluaran arnab baka untuk ternak hobi domestik.
Bagi memenuhi permintaan arnab hidup, keperluan kemudahan asas ditingkatkan. Menaik taraf kemudahan reban secara berperingkat dari 8 sel fasa 1 ( Februari 2007 ), 10 sel fasa 2 ( Oktober 2007 ), 10 sel fasa 3 ( Mac 2008 ), 15 sel fasa 4 ( Oktober 2008 ) dan kini, DBRF memiliki 43 reban bersel rekabentuk apartment dengan kapasiti 35 ekor induk pelbagai spesis seperti dutch, lion head, New Zealand White, Angora, Giant Angora dengan sasaran pengeluaran anak arnab sebanyak 200 ekor sebulan.
Pembinaan fasa 5 sebanyak 15 sel ( Mac 2009 ) sedang dalam proses pembinaan, Fasa 6 ( dalam cadangan ) sebanyak 20 sel ( Oktober 2009 ) dan apabila siap sepenuhnya menjelang 2010, pihak kami akan mempunyai sebanyak 70 sel yang dapat menampung sekurang-kurangnya 60 induk betina dengan jangkaan pengeluaran anak sebanyak 300 hingga 400 ekor sebulan pada anggaran kasar pendapatan RM3000 hingga rm4000.00 sebulan.
Rangsangan dari produk teras, serta maklum balas dan cadangan dari orang perseorangan, agensi kerajaan, organisasi swasta serta peminat arnab seluruhnya, maka pihak kami terpaksa membuat satu anjakan paradigma.
Menghasilkan produk tambah nilai dalam suasana kondusif bagi memenuhi permintaan pelanggan kini menjadi agenda kedua.
Antara produk tambah nilai ialah:
i. Mengadakan Kursus/seminar untuk perkongsian maklumat kepada mereka yang berminat.
ii. Menyediakan kemudahan pakej pembelian arnab untuk ternak hobi.
iii. Membekal kompos arnab
iv. Membekal betik madu semaian organik arnab
v. Membekal reban pasang siap untuk penternak komersial
dan hobi
vi. Jualan peralatan reban, makanan, ubat-ubatan dan vitamin
Dimanakah letaknya pusat ternak kami?
Pusat ternak kami terletak di Lot 4499, Kg. Batu Tumboh, Besut, Terengganu. 12 km dari bandar Jerteh hala ke Kg. Raja dan 8 km dari Kg. Raja hala ke Jerteh (laluan alternatif jalan Pantai) [[peta]]
Kita jelajahi MISI menjejaki VISI. Ke gunung sama didaki, ke lembah sama dituruni, ke lautan sama direnangi ke belantara sama diredah. Jom kita ambil kesempatan ketika peluang masih ada, ruang masih terbuka.Industri Ternak haiwan Peliharaan Di Malaysia
Malah, industri jualan haiwan peliharaan di Malaysia juga sebenarnya masih kukuh walaupun dihimpit kelembapan ekonomi yang belum pulih sepenuhnya. Ini terbukti melalui penyertaan ramai pihak dalam industri tersebut pada pameran Pet World Malaysia 2009 yang dianjurkan oleh Fairs & Events Management Sdn. Bhd. (FEMSB) di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC) pada 3 hingga 5 Julai lalu.
Baca lagi
Sumber: Utusan Malaysia 08/07/2009
Kompos Arnab
Tinja yang digunikan diberikan percuma kepada petani. Bagaimanapun kos pengurusan sebanyak RM4.00 seguni akan dikenakan untuk kerja-kerja pembungkusan |
Diproses secara semulajadi oleh agen pengurai biologi. Kandungan humus yang tinggi yang dijana oleh agen pengurai biologi dapat mengekalkan kesuburan tanah untuk tempoh yang panjang . Kurangkan penggunaan baja kimia, untuk kesejahteraan bumi. Kekalkan kesuburan tanah dengan hanya menggunakan baja kompos.
Medium berkualiti tinggi untuk pengeluaran
hasil yang bermutu. Kompos arnab amat sesuai untuk semua jenis tanaman. Mudah digunakan tanpa sebarang komplikasi pada tanaman dan alam sekitar. Sesuai digunakan sebagai medium penyemai dan penggalak daun dan bunga.
Kandungan organik |
Kompos arnab |
Kompos ayam |
Kompos lembu |
Nitrogen |
2.20 |
1.97 |
1.08 |
Phosphorus |
0.87 |
1.93 |
0.56 |
Potassium |
2.30 |
1.80 |
1.30 |
Calcium |
1.26 |
7.32 |
1.36 |
Magnesium |
0.40 |
0.35 |
0.36 |
Zon Rekreasi Arnab
Tambah Nilai Perkhidmatan
Khidmat yang disediakan ialah:-
1. Khidmat rawatan.
2. Khidmat ibu angkat atau susuan bantuan- khusus kes
anak yatim ( ibu mati selepas melahirkan anak atau dalam
tempoh menyusu ).
3. Khidmat potong bulu dan kuku.
Penyakit dan rawatan
Penyakit dan rawatan>>