Penyakit adalah satu penyebab utama kematian dan kemerosotan produktiviti dalam dunia penternakan. Tanpa mengira apa jenis ternakan yang dipelihara, semuanya akan mengalami masalah penyakit. Haiwan yang berpenyakit membawa banyak implikasi kepada penternak, khususnya kerugian atas kematian dan kemerosotan produktiviti tetapi juga kos rawatan akan meningkat. Penyakit bukan sahaja menjangkiti ternakan yang dipelihara tetapi juga haiwan dipersekitaran bebas. Kebanyakan penyakit mudah dikawal jika langkah-langkah awal diberi perhatian.
Secara amnya, semua penyakit samada jenis epedermis atau endodermis, boleh dicegah dan dikawal jika ada tindakan awal. Langkah pencegahan yang maksimum perlu diambil untuk mengelakkan sebarang jangkitan yang boleh membawa kerugian kepada penternak.
Beberapa faktor yang dikenalpasti mengapa penyakit mudah menjangkiti haiwan ternakan antaranya:
i. Persekitaran kawasan pemeliharaan yang kotor.
ii. Makanan dan minuman yang tercemar atau kurang diberi perhatian
iii. Gagal mengesan tanda-tanda awal jangkitan.
iv. Gagal mengenalpasti haiwan yang dijangkiti.
v. Kurang pengetahuan dalam hal-hal berkaitan penyakit terutama langkah-langkah pencegahan dan kawalan.
Mencegah lebih baik dari merawat.
JENIS-JENIS PENYAKIT
KUTU TELINGA (EAR MITES)
Berikut adalah beberapa jenis penyakit yang sering menjangkiti ternakan arnab.
Penyakit : Kutu telinga ( ear mites )
Tanda-tanda awal : arnab akan sentiada mengibas-gibas telinga. Sentiasa gelisah, kemurungan, kurang selera makan
Tanda-tanda kritikal : Badan mulai susut, telinga berkuping, sentiasa bergerak disekitar reban, sentiasa mengaru-garu cuping telinga.
Kutu telinga disebabkan oleh sejenis parasit yang dikenali sebagai Psoroptes Cuniculi. Ia boleh disebarkan melalui haiwan peliharaan lain atau melalui hubung langsung dengan manusia. Boleh menjangkiti manusia. Ia mempunyai kitaran hidup selama 21 hari, dan telurnya menetas dalam masa 4 hari sahaja. Biasanya ia hanya menjangkiti satu telinga sahaja, dan jika tidak dirawat ia boleh merebak ke telinga yang satu lagi, seluruh kepala, tengkuk , bawah perut dan juga bahagian badan lain yang lemah. Serangan oleh parasit ini menyebabkan telinga arnab gatal. Apabila arnab mengaru telinga. Kesan luka dari garuan itu adalah sumber makanan bagi parasit tersebut.
Tanda-tanda jangkitan : peringkat awal, terdapat kesan kupingan coklat dikawasan yang dijangkiti. Kesan ini akan bertambah ketara dengan melihat kepada keaktifan arnab. Akan sentiasa mengoyang-goyang telinga, menggaru tanpa henti dibahagian yang terkena jangkitan.
Rawatan : Sebaik sahaja dikesan potensi jangkitan, rawatan perlu dilakukan segera. Langkah awal ialah dengan cara membersihkan kawasan jangkitan menggunakan antiseptik kemudian, sapu sebarang minyak seperti minyak gosok atau minyak kelapa di kawasan jangkitan. Ulangi tindakan ini untuk 2-3 kali sehari untuk tempoh 3 hingga 12 hari.
<<--kembali