CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

How To Setup Rabbit Niple

How To Setup Rabbit Niple
1 set niple= RM5.50, 1 cap botol untuk tangki ringkas = RM3.50, 1 meter salur pengagih RM2.00

Bayaran boleh dibuat melalui CDM, bank transfer, paypal, western union, online banking, wang pos Malaysia, bank draf, dinar dan dirham. Semua harga tidak termasuk kos penghantaran. Penghantaran menggunakan Pos berdaftar, Pos Malaysia sahaja. Kadar bergantung berat sebagaimana yang ditetapkan pihak berkenaan. Cek persendirian tidak diterima.

Outlet Tangki Untuk Pelbagai kapasiti

Outlet Tangki Untuk Pelbagai kapasiti
Outlet tangki pelbagai kapasiti serasi untuk sambungan rabbit Niple Harga 1. 1 - 10 pcs = RM4.00/pcs 2. 11 - 20 pcs = RM3.80/pcs 3. 21 - 30 pcs = RM3.60/pcs 4. 31 - 40 pcs = RM3.40/pcs 5. 41 - 50 pcs = RM3.20/pcs 6. Lebih 50 pcs = RM2.80/pcs. Harga tidak termasuk kos penghantaran

Rabbit Niple Pakej

Rabbit Niple Pakej
Tawaran terbaik pakej istimewa. Niple air minuman arnab. Produk terbaik untuk bekalan air minuman ternakan arnab yg konsisten tanpa had. Mudah dipasang, senang diurus menjimatkan masa untuk tingkatkan produktiviti dlm dunia ternakan arnab. KINI kami tawaran pakej terbaik dgn nilai ekonomi yg jarang ditemui. 4 set niple dgn 1 adaptor tangki ringkas berkapasiti minima 1.5 liter, bayar dgn harga RM25.00 tidak termasuk kos penghantaran. Tambah RM5.00 utk pos menggunakan pos malaysia berdaftar. Tracking kod penghantaran akan diemail selepas shj penghantaran dibuat.

Mengapa Arnab Harus Dijadikan Haiwan Peliharaan Terbaik Untuk Keluarga?

Haiwan ini amat mudah dijaga walau penjaganya adalah seorang yang kurang upaya. Pemeliharaan tidak memerlukan kawasan yang luas. Sumber makanan yang murah dan mudah diperolehi di sekitar kediaman. Haiwan ini tidak mengeluarkan bunyi yang boleh menganggu kejiranan. Bau najis yang amat minima. Boleh dibela di dalam rumah samada jenis flat atau kondominium. Arnab tidak pandai menyerang walau dalam keadaan terdesak. Tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada penternak atau masyarakat keliling. Cepat berkembang biak. Tahan lasak. Boleh dibawa dengan mudah menggunakan pelbagai kenderaan. Mudah dipasarkan samada sebagai arnab hidup atau sebagai daging arnab. Daging arnab lebih dikenali sebagai daging putih ( white meat ) merupakan daging rendah lemak dan amat sesuai dijadikan sajian terbaik untuk keluarga. Secara asasnya, daging arnab adalah ■rendah kolesterol ■ rendah kalori ■rendah lemak tepu■ tinggi protein■ rendah sodium ■ semua daging putih■100% dari RDA untuk B12. * Sumber: USDA Circular 547, 549.

Tawaran Sewaan Arnab Untuk Pameran

Raikan kemeriahan tahun arnab dengan mengadakan pameran arnab yang manja, mesra dan menawan. KINI Arnab Manja Enterprise (AME) menawarkan perkhidmatan skim sewaan arnab pelbagai spesis untuk pameran di premis-premis perniagaan, hotel serta organisasi yang berminat. Pelbagai spesis anggun dan menarik disediakan untuk tujuan ini. Antaranya Teddy Bear, Holland Lop, Rex, Woody Toy, Chinchilla, New Zealand White, Engglish Anggora dan banyak lagi varian yang menarik. Kesemua spesis mempunyai keunikan tersendiri, boleh memukau para pengunjung. Berikut adalah harga yang ditawarkan untuk pakej pameran. Pakej 10 ekor dengan 2 ekor setiap spesis harga RM70.00 seekor sehari, minima 3 hari. Semua kelengkapan kurungan, makan/minum dan penjagaan adalah disediakan oleh pihak AME. Pihak penyewa perlu menyediakan kelengkapan meja, elektrik, air dan kemudahan lain. Jadikan tahun arnab sebagai tahun yang amat meriah dan sukar dilupakan oleh pengunjung permis anda. Hubungi kami untuk perbincangan dan keterangan lanjut. Untuk gambar spesis, sila KLIK

Modul Kursus Usahawan Ternak Arnab

Modul Kursus Usahawan Ternak Arnab Komersial 2012 Prospek dan masa depan ternakan arnab di Malaysia. Persediaan pra penternakan. Pemilihan Jurusan pengeluaran Pemilihan arnab baka. Pemilihan tempat Pengurusan dan penjagaan arnab meliputi pemakanan, kebersihan dan kesihatan, penyakit dan rawatan Pemantauan dalam proses mengawan, penjagaan dalam tempoh bunting, persediaan pra kelahiran, penjagaan dalam tempoh menyusu, penjagaan selepas cerai susu. Memahami tingkah laku arnab Pemprosesan kompos, Bengkel Bengkel teknologi penternakan arnab Membina sangkar modular Membuat dan memasang peralatan reban Kotak anak Puting automatik Sesi lawatan ke Pusat Ternak hobi

Modular Cage Versi dipertingkatkan AME-SD

Model : AME-SD

Dalam usaha meningkatkan kualiti dan kuantiti produk, AME sekali lagi akan membuat penambahbaikan khusus dalam penyediaan kemudahan kurungan yang lebih bersistemetik.

Penggunaan reban modular versi dipertingkatkan dari model terdahulu ( AME 4S ) model AME-Semi D ( AME-SD, ver. alfa ) diharap dapat membantu untuk pengeluaran produk dengan lebih cekap, kos binaan yang lebih minimum dengan tempoh pengurusan yang lebih singkat.

Versi AME-SD ver. alfa akan diuji untuk tempoh April hingga Ogos 2011. Ujian bagi menentukan tahap keberkesanan penggunaan dan tingkat kualiti hidup arnab baka serta pengeluaran produk arnab hidup yang berkualiti tinggi sejajar dengan reformasi arnab baka berkualiti tinggi yang dimulakan pada November 2010.

AME berharap, impak versi baru ini mampu menjana pulangan yang membanggakan.

Check Google Page Rank






Arnab Manja Enterprise (AME) KT0285868-A ( dahulu dikenali sebagai Desa Bayu Rabbit Farm-DBRF ) beralamat di Lot 4499, Kg. Batu Tumboh, 22200 Besut, Terengganu kini beroperasi dengan lebih mantap, kemas dan tersusun. Selain memiliki dan menjual pelbagai spesis arnab hias yang menarik dan anggun, kami juga menjual pelbagai peralatan pengurusan arnab khusus untuk mempertingkatkan pengeluaran produk berkualiti.

Bagi berkongsi pengalaman dengan bakal penternak dan penternakan tradisional untuk meningkatkan daya pengeluaran berkualiti, kami telah menubuhkan
Pusat Inovasi Ternakan Arnab Komersial.

Pusat Inovasi ini telah dilancarkan secara rasmi pada suku pertama tahun ini(2011). Selepas pelancaran ini, AME akan terus memberikan sumbangan dan perkhidmatan kepada pelbagai pihak untuk berkongsi maklumat dalam penternakan ini.

Dalam tempoh lima tahun 2011-2016, AME berhasrat memperluaskan lagi penubuhan pusat inovasi. Dalam menjayakan misi ini, AME akan menawarkan kepada penternak tradisional yang komited untuk membangunkan pusat-pusat inovasi mengikut zon. AME menjangkakan akan melancarkan 3 lagi pusat inovasi di seluruh negara iaitu 1 di zon selatan ( Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ), 1 zon di utara ( Pulau Pinang, Kedah, Perlis ) dan 1 zon tengah ( Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya serta Perak )



Majlis Penyerahan Arnab dan Kelengkapan Penternakan

Hari ini, 12 Februari 2011, jam 9.00 pagi di perkarangan Pusat Penternakan Arnab Komersial Berkualiti Tinggi Prospek Hobi, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu dengan rasminya arnab telah bertukar tangan.


Dengan dihadiri oleh Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Tuan Haji Abd. Ghafar b. Zakaria serta seramai 15 orang pelajar yang juga ahli jawatankuasa pengurusan ternak arnab komersial hobi berkualiti tinggi PSMZA.



Dalam majlis ini, kelengkapan berkenaan telah diserahkan dengan lengkap dan sempurna iaitu :-



5 pasang induk arnab matang yang terdiri dari sepasang teddy bear, sepasang woody toy, sepasang fuzzy lop, sepasang rex dan sepasang netherland Dwarf, 5 unit sangkar modular dengan kapasiti 20 sel beserta dengan rangka tapak, 20 unit bekas makanan tembikar, 20 set sistem air minuman automatik berpusat, 15 unit takung najis serta sebuah bangsal peneduh dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi.



Semoga langkah ini dapat memperkasakan lagi dunia ternakan arnab hobi. Mudah-mudahan projek ini dapat berkembang biak dengan sebaik mungkin

PSMZA Rabbit Team 12/02/2011

PSMZA Rabbit Team 12/02/2011
Bergambar pd majlis penyerahan arnab dan kelengkapan

Bingkisan Tahun Arnab Tahun Baru 2011

Selamat tahun baru 2011M. 2011 adalah tahun arnab dlm kelendar Cina ini bakal meledakkan industri ternak arnab di Malaysia. Penternak tradisional, perlu tingkatkan usaha untuk menjana pendapatan yg lebih baik. Sepanjang tahun 2010, industri ternakan arnab hobi ( arnab hidup ) tlh berkembang dgn agak baik. Permintaan yang tinggi telah memberi impak yang cukup baik untuk penternak tempatan. Bagaimanapun keupayaan pengeluaran domestik jauh lebih rendah dari permintaan dan ini menyebabkan arnab hias dari Indonesia dan Thailand terpaksa dibawa masuk.

Untuk beberapa tahun akan datang , arnab-arnab dari indonesia dan Thailand akan terus mendominasi pasaran di Malaysia memandangkan tiada usaha untuk tingkatkan pengeluaran dikalangan penternak domestik serta tiada usaha untuk memperbaiki mutu arnab tempatan agar lebih menyerlah dan menarik. Komitmen dari semua pihak khususnya penyelidik tempatan dalam menghasilkan arnab baka yg baik dan menarik tersangat diperlukan.

Kerajaan juga harus menyokong industri ini dengan menyediakan dana serta khidmat nasihat dan teknikal untuk memartabatkan industri arnab tempatan seiring dgn penternak dari negara jiran. Industri haiwan eksotik juga mampu menghasilkan pendapatan negara serta mengurangkan pengaliran wang keluar negara.

Berdasarkan unjuran permintaan dan pengeluaran 2010 yang dikumpulkan oleh Arnab Manja Enterprise (AME), arnab dari baka-baka comel dan anggun seperti Lion Head, Holland dan English Lop, Anggora, Woody Toy, Teddy Bear, Nedtherland Dwarf serta rex begitu tinggi permintaannya. Bagaimanapun, 80% drpd spesis ini terpaksa dibwk masuk dari negara jiran. Mengapa penghasilan produk berkualiti arnab hidup dari negara jiran telah mendahului kita? Walaupun di negara berkenaan, arnab diternak oleh penternak tradisional tetapi pengeluarannya adalah tinggi dengan variasi yang menarik hingga mampu dieksport ke Malaysia. Kaedah penternakan mereka adalah hampir sama sebagaimana kaedah yg diamalkan oleh penternak tradisional Malaysia.

Penternak tradisional Malaysia harus berusaha dengan lebih gigih lagi bagi mempertingkatkan pengeluaran bagi memenuhi sekurang-kurangnya 50-60% permintaan domestik sebelum mengorak langkah mengeksport arnab hidup yg berkualiti bagi menyaingi negara jiran.

Kaedah penternakan tradisional hobi harus ditingkatkan menjadi tradisional hobi komersial bagi merealisasikan harapan ini.


AME amat komited bahawa tahun 2011, permintaan terhadap arnab hidup akan terus meningkat. Dengan suasana ekonomi yang semakin pulih, promosi yang berterusan, minat serta kuasa beli yang tinggi dikalangan masyarakat, ternakan arnab di Malaysia akan terus berkembang.


VISI 2011 ARNAB MANJA

Mengadakan hubungan kerjasama dengan pelbagai institusi pendidikan, kumpulan-kumpulan usahawan serta agensi yg berkaitan bagi memperkasakan industri arnab tempatan dan mengangkat kepersada antarabangsa.


Bengkel Teknologi Penternakan Arnab

Di Bengkel Teknologi Penternakan Arnab, Arnab Manja Enterprise ( AME ), Kerja-kerja membina reban dan peralatan lain sedang giat dijalankan.
Peralatan yang akan dibuat di bengkel ini ialah sangkar modular dan kotak anak.

Kerja-kerja mereka bentuk dan memasang reban modular. Gerak kerja ini juga adalah sebahagian dari modul kursus teknologi penternakan arnab di AME.

Berikut adalah turutan kerja sehingga reban modular dapat dihasilkan.

i. Mendapatkan jaring dawai BRC bersaiz mata 0.5 inci X 0.5 inci dengan ukuran dawai 18 gauge tebal.
ii. Memotong mengikut ukuran panjang yang dikehendaki.
iii. Menanda bahagian-bahagian mengikut reka bentuk sebenar.
iv. Memotong mengikut ukuran dan posisi sebenar yang dikehendaki.
iv. Memotong dan membuang ukuran yang tidak dikehendaki.
v. Mereka bentuk sudut..
vi. Kerja-kerja mencantum.

Kerja-kerja Tapak

Kerja-kerja pembinaan asas telah dimulakan pada 7 Disember 2010 oleh kontraktor yang dilantik. Dengan saiz tapak 16 kaki(P) X 14 kaki(L)
Bangsal telah siap sepenuhnya pada 21 Disember 2010

Sesi lawat tapak projek

Sesi lawat tapak projek
23/11/2010

Selangkah meneroka dunia penternakan arnab berkualiti tinggi.

Arnab Manja (AM) terus meneroka dunia penternakan arnab komersial. Anjakan paradigma terus berlaku. Kali ini dengan kerjasama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin ( PSMZA ), Dungun, Terengganu satu projek usahasama bakal diadakan.
Bertolak dari Desa Bayu Rabbit Farm (DBRF), Besut, jam 8.00 pagi 23/11/2010 dengan perjalanan hampir 200 km, jam 12 tgh AM selamat tiba ke destinasi. Jangkaan AM boleh sampai paling lewat pun jam 11 pagi. Oleh kerana aliran trafik agak sesak, AM terlewat 1 jam.
Dengan sabar, Ketua Jabatan, Jabatan Kejututeraan Elektrik, Tuan Haji Abdul Ghafar b. Zakaria sedia menunggu. AM dibawa terus ke Unit Latihan dan Pendidikan PSMZA. Disini AM diperkenalkan kepada Ketua unit iaitu Puan Yusma binti Mohd Yusof yang bertanggungjawab kepada projek ini.
Seterusnya AM bersama-sama Ketua Jabatan dan Ketua Unit dan 2 orang rakan, dibawa ke tapak projek untuk meninjau persekitaran dan menilai keperluan dari pelbagai aspek.

Berikut adalah penilaian asas yang diperolehi.

1. Kedudukan Tapak.
Geografinya agak strategik iaitu di atas bukit yang telah diteres memberikan kelebihan bahawa kawasan ini tidak akan berlaku takungan air atau banjir kilat yang boleh memberi impak pada arnab.

2. Keselamatan pencerobohan
Keadaan persekitaran tapak adalah berhampiran hutan, kemungkinan haiwan liar boleh menceroboh pada bila-bila masa. Oleh itu pagar keselamatan sedia ada harus ditingkatkan. Jaring keselamatan pada bangsal harus bina meliputi ke seluruhan ruang yang dikenalpasti akan berlaku penerobosan.
Pencerobohan manusia amat minimum.Kawasan ini terletak dalam kawasan kampus berpagar lengkap dengan ciri keselamatan seperti pengawal keselamatan dan lampu limpah serta di kelilingi oleh parit besar

3. Sistem elektrik dan air.
Semua sistem ini sudah tersedia berdekatan tapak.

4. Sistem pembuangan sisa.
Sisa boleh dialirkan dengan mudah menggunakan longkang sedia ada. Bagaimanapun, satu perangkap sisa perlu dibina untuk meminimumkan kadar pelepasan sisa ke kawasan bebas dan juga untuk memudahkan pengumpulan sisa sebagai baja organik.

5. Gangguan bunyi kenderaan.
Dengan jarak lebih kurang 200 meter dari jalan utama dan kedudukan tapak lebih tinggi, bunyi bising kenderaan tidak dapat dikawal dan dielak. Bagaimana pun, keadaan ini bersifat sementara dan arnab akan berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Proses ini mengambil masa antara 1 hingga 2 minggu sebelum kembali normal.

6. Pencemaran pelepasan sisa kilang atau industri.
Tiada kegiatan industri dan perkilangan di kawasan ini

Gambar sekitar lawat tapak



Memberi penerangan kepada Ketua Jabatan dan Ketua Unit

Kerja-kerja tapak

Sunday, March 23, 2008







PENGENALAN

Arnab merupakan sejenis mamalia dalam kumpulan order lagomorpha dari alam haiwan filum kordata. Haiwan ini hidup secara berkoloni dan tinggal didalam lubang yang dikorek. Haiwan ini pada asal hidup pada persekitaran bebas di zon iklim sederhana. Haiwan ini membiak dengan cara melahir, menyusu dan menjaga anak sepanjang tempoh pembesaran sehingga cerai susu.Tidak kurang dari 72 spesis yang telah dikenalpasti di seluruh dunia yang sebahagian besarnya terdapat di Benua Eropah, Amerika dan Australia. Secara amnya, arnab yang berada di persekitaran tropika termasuk Malaysia adalah arnab penghijrah yang dibawa oleh kaum pendatang seperti pedagang, penjajah dan juga migran. Di kawasan beriklim sederhana, arnab dianggap musuh kepada peladang. Ini kerana, arnab adalah spesis herbivor iaitu memakan hampir semua tumbuhan hijau. Dalam habitat semulajadi, seekor arnab mampu menghabiskan 1 kilogram tumbuhan hijau sehari. Dengan kadar kelahiran yang tinggi amat cepat berkembang telah menyukarkan para peladang untuk mengawal populasi. Tempoh matang arnab betina ialah 4 hingga 5 bulan dan 5 hingga 6 bulan bagi pejantan. Seekor induk betina boleh melahirkan purata 5 ekor anak dalam satu-satu masa dan dalam tempoh 48 jam akan mengawan semula. Tempoh bunting arnab ialah antara 30 - 35 hari. Jangka hayat maksimum arnab ialah 12 tahun. Untuk penternakan komersial, Umur maksimum 2 tahun adalah tempoh yang sesuai dan produktif.

FAKTA LAIN TENTANG ARNAB

Nama Latin : Oryctolagus cuniculus
Panggilan untuk betina dewasa : Doe
Panggilan untuk jantan dewasa : Buck
Panggilan untuk anak : Kittens
Bilangan anak : 4-12
Berat waktu lahir : 30 – 80 gm
Tempoh buka mata : 10 hari
Purata berat : Jantan 1– 5 kg / Betina 1– 8 kg
Tempoh henti menyusu : 4-7 minggu
Suhu badan : 103.3-104F; 38-40C
Kadar denyutan jantung : 130-325 denyutan seminit
Kadar pernafasan : 32-60 tarikan nafas seminit
Rekod dunia paling tinggi melompat : 1 meter
Rekod dunia paling jauh melompat : 3 meter
Telinga paling panjang : 31.125 inci
Paling lama hidup : 19 tahun
Mempunyai 18 jari kaki : 4 setiap kaki belakang dan 5 setiap kaki depan
Warna bulu : Lebih dari 150
Warna mata : coklat, biru-grey, biru, marbel dan pink
Waktu aktif : Awal pagi dan malam


Reban kini, mulai 28 Februari 2010

Reban kini, mulai 28 Februari 2010
Model modular

Reka bentuk modular

Reka bentuk modular

Modular Cage Plan

Modular Cage Plan

Bahan dan peralatan

Berikut adalah bahan serta peralatan yang diperlukan untuk membina cage cara D.I.Y ( Do It Your self).



Bahan.

1. Jaring dawai 1 inci X 2 inci

2. jaring dawai 1 inci X 0.5 inci

Peralatan.

1. Pemotong dawai

2. Playar hujung tirus panjang

3. Kabel tai

4. Marker


5. Pita pengukur



Kesemua bahan dijual dengan ukuran lebar standard 4 kaki dan 3 kaki dengan ukuran panjang yang pelbagai. Bahan dan peralatan ini boleh diperolehi dari kedai bahan pembinaan tempatan. Bagaimanapun, jika kesukaran untuk mendapatkan bahan dan peralatan berkenaan, pihak kami sedia membantu.



Berikut adalah harga yang kami tawarkan.

Harga bahan : RM6.50 sekaki panjang.

Set peralatan : RM32.00 satu set.




Pihak kami juga menawarkan modular cage siap pasang dengan harga yang amat kompetetif*



1. Model 4S ( 4 sel dalam 1 unit ) = RM280.00 / unit

2. Model 2S ( 2 sel dalam 1 unit ) = RM180.00 /unit



* Penghantaran ke seluruh Malaysia, minima tempahan 10 unit untuk model 4S atau 20 unit model 2S

Harga modular cage pasang sendiri (D.I.Y) lengkap**#

1. Model 4S ( 4 sel dalam 1 unit) = RM160.00 /unit

2. Model 2S ( 2 sel dalam 1 unit = RM80.00 / unit



** Penghantaran ke seluruh Malaysia tanpa had minima

# Termasuk manual bergambar cara pemasangan


Kesemua harga tidak termasuk kos penghantaran.

Langkah 1- Kerja-kerja mekanikal

Bukakan gulungan dawai bersaiz 1 inci X 2 inci( rangka utama )di kawasan lapang yang rata dan sesuai, buat ukuran panjang reban yang dikehendaki. Contohnya, jika kita inginkan 1 reban dengan 4 sel bersaiz 18 inci lebar, panjang jaring yang perlu dipotong ialah 74 inci, tandakan dengan pena penanda sepanjang dawai yang akan dipotong. Pastikan potongan ikut lebar gulungan dawai.

Blinking Text - http://www.blinktextmaker.com
1. Pastikan ada beban yang sesuai diletakkan diatas gulungan dawai yang telah dibuka. Ini untuk mengelakkan dawai berkenaan bergulung ke bentuk asal. Dawai bersifat anjal.

2. Potongan terakhir, peringkat cerai gulungan dengan potongan yang dikehendaki boleh menyebabkan kecelakaan. Hati-hati, hujung yang runcing boleh mendatangkan kecederaan.





Kaedah yang sama juga perlu dilakukan untuk mendapatkan dawai alas lantai ( dawai 0.5 inci X 1 inci )

Kuantiti dawai rangka yang perlukan: 2 keping dengan panjang yang sama.

Kuantiti dawai alas yang diperlukan : 1 keping dengan panjang yang bersamaan dengan dawai rangka.

Berikut adalah kedudukan dawai selepas dipotong





Langkah 2

i. Kerja-kerja membentuk sudut

Kerja-kerja ini perlu dilakukan di atas alas yang sepadan untuk keselesaan seperti meja atau rangka tapak sangkar yang telah dibuat terlebih dahulu.




Kaedah pembentukan sudut.
Menggunakan dua batang kayu berukuran 12 inci sebagai alas, tekan kayu A ke bawah untuk membentuk sudut 90 darjah jaring diwaktu yang sama kayu B juga perlu diberikan tekanan untuk memudahkan sudut yang diperlukan terbentuk

Klasifikasi Arnab

Klasifikasi Arnab

Sekitar Pameran Ternak Arnab 5-11 Jun 2010

MISI DAN VISI

MISI

Arnab Manja Enterprise ( AME ) dulu dikenali sebagai Desa Bayu Rabbit Farm ( DBRF) yang menjalankan penternakan arnab komersial berusaha sedaya upaya mereformasikan konsep penternakan arnab di Malaysia untuk memastikan penternakan ini mampu menjana pendapatan bagi penambahbaikan sumber ekonomi keluarga pada skala industri. Mengubah prospek ternak hobi domestik kepada ternak hobi komersial.

VISI

Untuk memastikan usaha ternak arnab berdaya saing dalam persekitaran penternakan komersial dengan kepelbagaian produk terhasil dari kesungguhan masyarakat Malaysia.

PROSPEK PENTERNAKAN ARNAB DI MALAYSIA

Arnab diternak di seluruh dunia untuk untuk pelbagai tujuan. Di Eropah dan Asia, arnab merupakan sumber makanan penting. Arnab menghasilkan daging putih yang halus, tinggi protein, rendah lemak, sangat enak, dan boleh menggantikan unggas di sebahagian besar resepi. Bangkai arnab hanya terdiri dari 20 peratus tulang. Di Amerika Syarikat, penternakan arnab lebih diutamakan untuk tujuan penghasilan kulit sebagai perhiasan dan pakaian. Penyelidikan perubatan dan kosmetik juga memerlukan sejumlah besar arnab setiap tahun. Ramai penternak menternak arnab sebagai hobi semata-mata tanpa menyedari bahawa sumber protin yang terdapat dalam daging arnab amat sesuai untuk diet pemakanan alternatif yang berkualiti tinggi.

Dunia penternakan arnab di Malaysia lebih mengenali arnab sebagai spesis haiwan yang diternak atau dibela sebagai haiwan kesayangan. Sifatnya yang manja, mesra dan menawan serta mudah dilatih telah menenggelamkan produk lain yang boleh dimanfaatkan seperti daging, bulu, kulit serta kompos. Ditambah pula sifat penyayang masyarakat Malaysia, haiwan ini gagal dimanfaat untuk sajian seisi keluarga.Penggunaan dalam penyelidikan, perubatan, pameran dan pertunjukan haiwan serta tarikan ke pusat-pusat rekreasi juga merupakan satu nilai tambah produk berasaskan arnab.Produk siap seperti penghasilan daging burger, sate, sosej, makanan ditinkan, serunding yang merupakan sebahagian dari diet pemakanan rakyat Malaysia amat sukar diperolehi dipasaran tempatan. Sehingga kini, tidak ramai pengusaha penternakan di Malaysia mengusahakan ternakan ini secara produktif. Sedangkan prospek penternakan ini amat cerah untuk dikomersialkan samada diperingkat domestik atau antarabangsa.Terlalu bergantung kepada beberapa jenis ternakan sahaja bukanlah satu langkah yang bijak dalam memastikan stok daging negara mencukupi untuk jangka masa yang panjang.Dengan kepelbagaian produk yang boleh dihasilkan, penternakan berskala besar perlu digiatkan. Kerajaan seharusnya membantu menyediakan kemudahan dan skim galakan bagi memungkin penternakan ini berdaya saing dalam memenuhi stok daging negara. Kemudahan pembiayaan kewangan, Latihan dan pemasaran amatlah diperlukan. Kajian dan penyelidikan dalam penghasilan produk berasaskan arnab perlu ditingkatkan.Malaysia akan terus menjadi pengimport tegar produk daging untuk beberapa dekad akan datang jika tiada usaha berterusan dilakukan mulai sekarang dalam memperkayakan koleksi penternakan komersial.






Terdapat 3 skop utama dalam dunia ternakan arnab.



1. Ternak hobi

2. Ternak komersial enterprise

3. Ternak komersial industri



Ternak hobi.



Pada asasnya ternak hobi ialah menternak bagi mengisi masa lapang, dikendalikan oleh ahli keluarga secara sambilan. Kuantiti ternakan ialah antara 2 hingga 50 ekor. Dijalankan dikawasan yang agak terhad. Contohnya di Taman-taman perumahan, pinggiran jalan atau tanah rezab atau di flat-flat. Produk utama ialah jualan arnab hidup untuk ternak hobi. Pemilihan baka lebih tertumpu pada kecantikan fizikal, mesra dan manja yang mempunyai berat badan antara 500 gram hingga 2 kg pada umor matang. Baka-baka fancy yang menjadi pilihan antaranya silver marten , Polish, himalayan, anggora, lop ear , Lion Head, Jersey wool( english, holland, french dsb)



Ternak Komersial Enterprise



Kuantiti ternakan ialah diantara 50 hingga 500 ekor. Dikendalikan samada separuh masa atau sepenuh masa menggunakan tenaga kerja terlatih. Tidak sesuai dijalankan di kawasan persekitaran kediaman atau taman-taman perumahan. Produk utama ialah jualan anak serta daging. Anggaran kos tak berubah permulaan RM3000.00 untuk pembinaan bangsal, reban serta peralatan makan/minum. Kos berubah RM175.00



Ternak Komersial Industri.



Kuantiti ternakan melebihi 500 ekor. Dijalankan secara sepenuh masa. Dikendalikan oleh pekerja mahir dan terlatih. Memerlukan kawasan yang besar untuk membina bangsal dan sistem keselamatan pencerobohan anasir yang tidak ingini. Produk utama ialah jualan arnab hidup untuk ternak hobi, daging, bulu, kulit serta produk hiliran seperti produk dingin beku atau produk siap seperti daging burger, sosej, makanan ditinkan dan sebagainya. Kos tidak berubah boleh menjangkau melebih RM10,000 dan kos berubah boleh menjangkau lebih RM2500.oo sebulan

Latar Belakang

Arnab Manja Enterprise-AME ( dulu dikenali sebagai Desa Bayu Rabbit Farm- DBRF ) beroperasi di alamat Lot 4499, Kg. Batu Tumboh, Besut, Terengganu. Kedudukan geografi, KLIK



Memulakan ternak arnab sebagai hobi pada 25 Disember 2005. Dengan memiliki sepasang induk matang pemberian ibu saudara.



Sepanjang 2007, arnab kami telah berkembang biak dalam kuantiti diluar jangkaan. Dari sepasang, sudah menjadi lebih dari 20 ekor. Itu pun banyak jugak yang mati samada dicuri oleh pemangsa, penyakit atau dimakan oleh pejantan.



Bermula tanpa sebarang pengetahuan dan pengalaman, tanpa sebarang persediaan rapi, arnab dibela dalam kurungan separa terbuka berlantaikan tanah.



Oleh kerana kurangnya pengetahuan dan pengalaman, banyak arnab kami telah berjaya menyusup keluar dari reban ( rupanya spesis ni memang pakar buat terowong, kepakaran yang sama dengan rakyat Palestin) . Bersimpang siur terowong dibina. Pantang melangkah ke dalam reban, pasti terjerumus ke lubang terowong. Ada yang memahami perasaan pemiliknya, bersedia kembali lagi ke reban ( mungkin spesis ni memiliki GPRS kot ). Tapi ramai juga yang tidak dapat dikesan. Hilang tanpa sebarang kesan, tanpa sebarang pesan. Untuk mengesan didalam semak dan belukar bukan perkara mudah.



* Tip! untuk mencari arnab hilang dalam semak atau belukar, jangan kesan di waktu tengahari antara jam 10 pagi hingga 4 petang. Diwaktu ini, arnab akan berehat dicelah-celah kayu, semak serta di dalam lubang dan memang sifat semulajadi ia tidak begitu aktif disiang hari. Kesanlah diawal pagi atau lewat petang, sebab spesis ni akan keluar dari tempat persembunyian.







Bermula Januari 2008, AME memasuki fasa baru bila blog ini dilancarkan. Maklum balas dari peminat arnab diluar jangkaan. Permintaan terhadap produk berasaskan arnab diluar kemampuan.



Mulai saat ini, prospek ternak hobi terpaksa kami ubah kepada ternak komersial enterprise. Bagaimanapun produk teras hanya berfokus kepada pengeluaran arnab baka untuk ternak hobi domestik.



Bagi memenuhi permintaan arnab hidup, keperluan kemudahan asas ditingkatkan. Menaik taraf kemudahan reban secara berperingkat dari 8 sel fasa 1 ( Februari 2007 ), 10 sel fasa 2 ( Oktober 2007 ), 10 sel fasa 3 ( Mac 2008 ), 15 sel fasa 4 ( Oktober 2008 ) dan kini, DBRF memiliki 43 reban bersel rekabentuk apartment dengan kapasiti 35 ekor induk pelbagai spesis seperti dutch, lion head, New Zealand White, Angora, Giant Angora dengan sasaran pengeluaran anak arnab sebanyak 200 ekor sebulan.



Pembinaan fasa 5 sebanyak 15 sel ( Mac 2009 ) sedang dalam proses pembinaan, Fasa 6 ( dalam cadangan ) sebanyak 20 sel ( Oktober 2009 ) dan apabila siap sepenuhnya menjelang 2010, pihak kami akan mempunyai sebanyak 70 sel yang dapat menampung sekurang-kurangnya 60 induk betina dengan jangkaan pengeluaran anak sebanyak 300 hingga 400 ekor sebulan pada anggaran kasar pendapatan RM3000 hingga rm4000.00 sebulan.



Rangsangan dari produk teras, serta maklum balas dan cadangan dari orang perseorangan, agensi kerajaan, organisasi swasta serta peminat arnab seluruhnya, maka pihak kami terpaksa membuat satu anjakan paradigma.



Menghasilkan produk tambah nilai dalam suasana kondusif bagi memenuhi permintaan pelanggan kini menjadi agenda kedua.



Antara produk tambah nilai ialah:



i. Mengadakan Kursus/seminar untuk perkongsian maklumat kepada mereka yang berminat.

ii. Menyediakan kemudahan pakej pembelian arnab untuk ternak hobi.

iii. Membekal kompos arnab

iv. Membekal betik madu semaian organik arnab

v. Membekal reban pasang siap untuk penternak komersial

dan hobi

vi. Jualan peralatan reban, makanan, ubat-ubatan dan vitamin



Dimanakah letaknya pusat ternak kami?

Pusat ternak kami terletak di Lot 4499, Kg. Batu Tumboh, Besut, Terengganu. 12 km dari bandar Jerteh hala ke Kg. Raja dan 8 km dari Kg. Raja hala ke Jerteh (laluan alternatif jalan Pantai) [[peta]]

Kita jelajahi MISI menjejaki VISI. Ke gunung sama didaki, ke lembah sama dituruni, ke lautan sama direnangi ke belantara sama diredah. Jom kita ambil kesempatan ketika peluang masih ada, ruang masih terbuka.




Industri Ternak haiwan Peliharaan Di Malaysia

TREND memiliki haiwan peliharaan telah lama dilakukan oleh masyarakat sama ada di Malaysia mahu pun di seluruh dunia. Ia dianggap sebagai salah satu gaya hidup yang perlu ada dalam sesebuah keluarga. Haiwan seperti kucing, arnab, ikan, hamster dan anjing merupakan pilihan paling digemari, selain haiwan eksotik seperti iguana, ular sawa dan sebagainya.
Malah, industri jualan haiwan peliharaan di Malaysia juga sebenarnya masih kukuh walaupun dihimpit kelembapan ekonomi yang belum pulih sepenuhnya. Ini terbukti melalui penyertaan ramai pihak dalam industri tersebut pada pameran Pet World Malaysia 2009 yang dianjurkan oleh Fairs & Events Management Sdn. Bhd. (FEMSB) di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC) pada 3 hingga 5 Julai lalu.

Baca lagi
Sumber: Utusan Malaysia 08/07/2009




Kompos Arnab

Tinja yang digunikan diberikan percuma kepada petani. Bagaimanapun kos pengurusan sebanyak RM4.00 seguni akan dikenakan untuk kerja-kerja pembungkusan
Kenapa harus anda menggunakan baja kompos arnab? Sebagaimana yang diketahui umum, bahawa penggunaan baja kompos boleh membantu memperbaiki stuktur tanah agar sentiasa subur dan sesuai untuk bercucuk tanam.

Diproses secara semulajadi oleh agen pengurai biologi. Kandungan humus yang tinggi yang dijana oleh agen pengurai biologi dapat mengekalkan kesuburan tanah untuk tempoh yang panjang . Kurangkan penggunaan baja kimia, untuk kesejahteraan bumi. Kekalkan kesuburan tanah dengan hanya menggunakan baja kompos.

Medium berkualiti tinggi untuk pengeluaran

hasil yang bermutu. Kompos arnab amat sesuai untuk semua jenis tanaman. Mudah digunakan tanpa sebarang komplikasi pada tanaman dan alam sekitar. Sesuai digunakan sebagai medium penyemai dan penggalak daun dan bunga.

Kandungan organik

Kompos arnab

Kompos ayam

Kompos lembu

Nitrogen

2.20

1.97

1.08

Phosphorus

0.87

1.93

0.56

Potassium

2.30

1.80

1.30

Calcium

1.26

7.32

1.36

Magnesium

0.40

0.35

0.36

Zon Rekreasi Arnab

Di zon ini, arnab dilepaskan secara bebas terhad untuk memberi peluang mereka berekreasi. Memberi mereka ruang berjoging, melompat dan berlari sambil meragut rumput segar semaksima mungkin. Arnab yang berada zon ini terhad kepada yang berumur antara 6 hingga 12 minggu sahaja. Arnab yang berumur lebih dari 3 bulan akan berada di happy zone yakni zon riadah dengan kawalan yang lebih ketat dan kuantiti yang yang lebih kecil dalam satu-satu masa. Ini untuk mengelakkan arnab dewasa ber wrestling berebut kawasan dan pasangan.

Tambah Nilai Perkhidmatan

Selain tambah nilai produk, kami juga menyediakan kemudahan tambah nilai perkhidmatan khusus untuk kemudahan pemilik arnab sama ternak hobi atau komersial.

Khidmat yang disediakan ialah:-
1. Khidmat rawatan.
2. Khidmat ibu angkat atau susuan bantuan- khusus kes
anak yatim ( ibu mati selepas melahirkan anak atau dalam
tempoh menyusu ).
3. Khidmat potong bulu dan kuku.






Penyakit dan rawatan

Dalam bidang penternakan, penyakit dan rawatan adalah satu faktor yang perlu diberi keutamaan bagi menjamin ternakan sentiasa berada dalam keadaan sihat. Tidak terkecuali dalam penternakan arnab. Kawalan dan rawatan penyakit dapat mengurangkan kadar kematian dan seterusnya membantu meningkatkan produk yang berkualiti.

Penyakit dan rawatan>>

Reka bentuk bangsal dan reban komersial

Kapasiti:

Reban/sel penggemuk: 30 in X 30 in = 41 unit, Reban/sel Beranak : 18 in X 30 in = 26 unit Reban/sel kuarantin: 36 in X 30 in = 4 unit Reban/sel rawatan : 24 in X 30 in = 2 unit Jumlah reban/sel : 73 reban/sel Kapasiti maksimum induk : 67 ekor Jenis reban/sel : 1 aras

Horoskop Arnab

Arnab ialah bintang haiwan yang keempat dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Bintang arnab dilambangkan oleh dahan duniawi. Dalam versi Vietnam bagi zodiak ini, bintang arnab diganti oleh bintang kucing. <+>