Latar Belakang
Desa Bayu Rabbit Farm ( DBRF ) memulakan ternak arnab sebagai hobi pada 25 Disember 2006. Dengan memiliki sepasang induk matang pemberian ibu saudara.
Sepanjang 2007, arnab kami telah berkembang biak dalam kuantiti diluar jangkaan. Dari sepasang, sudah menjadi lebih dari 20 ekor. Itu pun banyak jugak yang mati samada dicuri oleh pemangsa, penyakit atau dimakan oleh pejantan.
Bermula tanpa sebarang pengetahuan dan pengalaman, tanpa sebarang persediaan rapi, arnab dibela dalam kurungan separa terbuka berlantaikan tanah.
Oleh kerana kurangnya pengetahuan dan pengalaman, banyak arnab kami telah berjaya menyusup keluar dari reban ( rupanya spesis ni memang pakar buat terowong, kepakaran yang sama dengan rakyat Palestin) . Bersimpang siur terowong dibina. Pantang melangkah ke dalam reban, pasti terjerumus ke lubang terowong. Ada yang memahami perasaan pemiliknya, bersedia kembali lagi ke reban ( mungkin spesis ni memiliki GPRS kot ). Tapi ramai juga yang tidak dapat dikesan. Hilang tanpa sebarang kesan, tanpa sebarang pesan. Untuk mengesan didalam semak dan belukar bukan perkara mudah.
* Tip! untuk mencari arnab hilang dalam semak atau belukar, jangan kesan di waktu tengahari antara jam 10 pagi hingga 4 petang. Diwaktu ini, arnab akan berehat dicelah-celah kayu, semak serta di dalam lubang dan memang sifat semulajadi ia tidak begitu aktif disiang hari. Kesanlah diawal pagi atau lewat petang, sebab spesis ni akan keluar dari tempat persembunyian.
Bermula Januari 2008, DBRF memasuki fasa baru bila blog ini dilancarkan. Maklum balas dari peminat arnab diluar jangkaan. Permintaan terhadap produk berasaskan arnab diluar kemampuan.
Mulai saat ini, prospek ternak hobi terpaksa kami ubah kepada ternak komersial enterprise. Bagaimanapun produk teras hanya berfokus kepada pengeluaran arnab baka untuk ternak hobi domestik.
Bagi memenuhi permintaan arnab hidup, keperluan kemudahan asas ditingkatkan. Menaik taraf kemudahan reban secara berperingkat dari 8 sel fasa 1 ( Februari 2007 ), 10 sel fasa 2 ( Oktober 2007 ), 10 sel fasa 3 ( Mac 2008 ), 15 sel fasa 4 ( Oktober 2008 ) dan kini, DBRF memiliki 43 reban bersel rekabentuk apartment dengan kapasiti 35 ekor induk pelbagai spesis seperti dutch, lion head, New Zealand White, Angora, Giant Angora dengan sasaran pengeluaran anak arnab sebanyak 200 ekor sebulan.
Pembinaan fasa 5 sebanyak 15 sel ( Mac 2009 ) sedang dalam proses pembinaan, Fasa 6 ( dalam cadangan ) sebanyak 20 sel ( Oktober 2009 ) dan apabila siap sepenuhnya menjelang 2010, pihak kami akan mempunyai sebanyak 70 sel yang dapat menampung sekurang-kurangnya 60 induk betina dengan jangkaan pengeluaran anak sebanyak 300 hingga 400 ekor sebulan pada anggaran kasar pendapatan RM3000 hingga rm4000.00 sebulan.
Rangsangan dari produk teras, serta maklum balas dan cadangan dari orang perseorangan, agensi kerajaan, organisasi swasta serta peminat arnab seluruhnya, maka pihak kami terpaksa membuat satu anjakan paradigma.
Menghasilkan produk tambah nilai dalam suasana kondusif bagi memenuhi permintaan pelanggan kini menjadi agenda kedua.
Antara produk tambah nilai ialah:
i. Mengadakan Kursus/seminar untuk perkongsian maklumat kepada mereka yang berminat.
ii. Menyediakan kemudahan pakej pembelian arnab untuk ternak hobi.
iii. Membekal kompos arnab
iv. Membekal betik madu semaian organik arnab
v. Membekal reban pasang siap untuk penternak komersial
dan hobi
vi. Jualan peralatan reban, makanan, ubat-ubatan dan vitamin
Kita jelajahi MISI menjejaki VISI. Ke gunung sama didaki, ke lembah sama dituruni, ke lautan sama direnangi ke belantara sama diredah. Jom kita ambil kesempatan ketika peluang masih ada, ruang masih terbuka.
Kursus/ Seminar
Sebagai langkah proaktif, kami kini bersedia untuk berkongsi maklumat serta memberi bimbingan melalui kursus atau seminar kepada orang perseorangan, organisasi atau sesiapa sahaja yang berminat. Kursus dan seminar ini akan diadakan di pusat komuniti ternak arnab terpilih di seluruh Malaysia. Melalui pendekatan berinformasi, peserta yang menyertai program ini akan diberi pengetahuan secara teori dan praktikal terus di pusat komuniti. Pendedahan sebegini amat penting bagi memastikan projek yang bakal diusaha, berupaya menjana pendapatan dan mendapat kejayaan yang diharapkan. Prospek dan hala tuju penternakan arnab di Malaysia juga akan diketengahkan.Kursus/seminar dijalankan hanya pada hari minggu sahaja mulai jam 9.00 pagi. Bayaran RM180.00 seorang. Setiap peserta akan diberi sijil kehadiran serta nota dan sokongan maklumat online dari semasa ke semasa.
Rangkaian Pusat Informasi Arnab
Pusat Ternak Arnab ( Pahang ) [ blog ]
C-44, FELDA Semarak Jengka 15, Bandar Pusat Jengka,
Operator : zackhary
Email: zack_sunboy@yahoo.com.myNo H/P :0129876986/ 0126755764
Klik untuk pertanyaan
Tambah Nilai Perkhidmatan
Selain tambah nilai produk, kami juga menyediakan kemudahan tambah nilai perkhidmatan khusus untuk kemudahan pemilik arnab sama ternak hobi atau komersial. Khidmat yang disediakan ialah:-1. Khidmat rawatan.2. Khidmat ibu angkat atau susuan bantuan- khusus kes anak yatim ( ibu mati selepas melahirkan anak atau dalam tempoh menyusu ).3. Khidmat potong bulu dan kuku.
Penyakit dan rawatan
Dalam bidang penternakan, penyakit dan rawatan adalah satu faktor yang perlu diberi keutamaan bagi menjamin ternakan sentiasa berada dalam keadaan sihat. Tidak terkecuali dalam penternakan arnab. Kawalan dan rawatan penyakit dapat mengurangkan kadar kematian dan seterusnya membantu meningkatkan produk yang berkualiti.
<<Penyakit dan rawatan>>
PENGENALAN
Arnab merupakan sejenis mamalia dalam kumpulan order lagomorpha dari alam haiwan filum kordata. Haiwan ini hidup secara berkoloni dan tinggal didalam lubang yang dikorek. Haiwan ini pada asal hidup pada persekitaran bebas di zon iklim sederhana. Haiwan ini membiak dengan cara melahir, menyusu dan menjaga anak sepanjang tempoh pembesaran sehingga cerai susu.Tidak kurang dari 72 spesis yang telah dikenalpasti di seluruh dunia yang sebahagian besarnya terdapat di Benua Eropah, Amerika dan Australia. Secara amnya, arnab yang berada di persekitaran tropika termasuk Malaysia adalah arnab penghijrah yang dibawa oleh kaum pendatang seperti pedagang, penjajah dan juga migran. Di kawasan beriklim sederhana, arnab dianggap musuh kepada peladang. Ini kerana, arnab adalah spesis herbivor iaitu memakan hampir semua tumbuhan hijau. Dalam habitat semulajadi, seekor arnab mampu menghabiskan 1 kilogram tumbuhan hijau sehari. Dengan kadar kelahiran yang tinggi amat cepat berkembang telah menyukarkan para peladang untuk mengawal populasi. Tempoh matang arnab betina ialah 4 hingga 5 bulan dan 5 hingga 6 bulan bagi pejantan. Seekor induk betina boleh melahirkan purata 5 ekor anak dalam satu-satu masa dan dalam tempoh 48 jam akan mengawan semula. Tempoh bunting arnab ialah antara 30 - 35 hari. Jangka hayat maksimum arnab ialah 12 tahun. Untuk penternakan komersial, Umur maksimum 2 tahun adalah tempoh yang sesuai dan produktif.
FAKTA LAIN TENTANG ARNAB
Nama Latin :
Oryctolagus cuniculus
Panggilan untuk betina dewasa :
Doe
Panggilan untuk jantan dewasa :
Buck
Panggilan untuk anak :
Kittens
Bilangan anak :
4-12
Berat waktu lahir :
30 – 80 gm
Tempoh buka mata :
10 hari
Purata berat :
Jantan 1– 5 kg / Betina 1– 8 kg
Tempoh henti menyusu :
4-7 minggu
Suhu badan :
103.3-104F; 38-40C
Kadar denyutan jantung :
130-325 denyutan seminit
Kadar pernafasan :
32-60 tarikan nafas seminit
Rekod dunia paling tinggi melompat :
1 meter
Rekod dunia paling jauh melompat :
3 meter
Telinga paling panjang :
31.125 inci
Paling lama hidup :
19 tahun
Mempunyai 18 jari kaki :
4 setiap kaki belakang dan 5 setiap kaki depan
Warna bulu :
Lebih dari 150
Warna mata :
coklat, biru-grey, biru, marbel dan pink
Waktu aktif :
Awal pagi dan malam
Bagaimana Memulakan projek.
Sebelum memulakan projek, adalah lebih baik anda mengambil sedikit masa bagi mendalami pengetahuan berkaitan penternakan ini. Mendapatkan maklumat dari sumber internet, pusat sumber, pusat ternak, rakan-rakan yang berpengalaman, agensi kerajaan yang berkaitan, menghadiri kursus penternakan serta lawatan ke pusat ternak amat penting bagi menjamin projek yang bakal diusahakan berjaya sebagaimana yang dikehendaki. Jika sudah bersedia, barulah boleh mulakan.
Berikut adalah beberapa kategori penternakan arnab yang sesuai mengikut sasaran
1.
Ternak hobi
2. Ternak komersial enterprise
3. Ternak komersial industri
Horoskop Arnab
Arnab ialah bintang haiwan yang keempat dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Bintang arnab dilambangkan oleh dahan duniawi. Dalam versi Vietnam bagi zodiak ini, bintang arnab diganti oleh bintang kucing.
<+>