Tips 2
1. Pemilihan kawasan.
Pemilihan kawasan perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya pembinaan kelak tidak membawa apa implikasi.
- Kawasan pemeliharaan hendaklah bebas dari masalah banjir.
- Kawasan hendaklah selamat dari gangguan pemangsa atau gangguan pada tahap minimum dan boleh dihalang
- Tidak menganggu dan mendatangkan masalah kepada jiran tetangga.
2. Pemilihan baka.
Pemilihan baka hendaklah berasaskan kepada jenis produk yang akan dikeluarkan. Contoh : Jika arnab hidup dijadikan fokus pengeluaran, spesis-spesis yang mempunyai daya penarik seperti keadaan telinga, bulu, mata serta mudah mesra adalah lebih sesuai.
Jika untuk pengeluaran daging, spesis yang cepat membesar, banyak melahirkan anak dan tahan cuaca dan penyakit adalah amat sesuai.
3. Pembinaan bangsal
 |
Bangsal tradisional |
Pembinaan hendaklah menggunakan material yang boleh tahan lama, ekonomi dan mudah diselenggarakan. Kayu-kayu hutan, buloh boleh digunakan untuk pembinaan ini tetapi penggunaan ini amat terhad terutama jangka hayat adalah singkat dan penyelenggaraan lebih kerap perlu dilakukan.
 |
Material logam atau konkrit |
4. Pembinaan sangkar.
 |
Sangkar tradisional |
Pembinaan hendaklah menggunakan material 100% logam ( dawai )yang tahan karat tetapi bukan stainless steel. Pembinaan bentuk modular adalah lebih praktikal dan sesuai. Setiap sel atau sangkar seharusnya mempunyai cukup ruang untuk pergerakan seekor atau lebih arnab dalam satu sel.
 |
Sangkar modular |
5. Jarak minimum lantai reban dengan tanah ialah 24-30 inci.
6. Setiap sel hendaklah berukuran minima 18 inci lebar X 18 inci tinggi X 26 inci panjang. Sel-sel boleh dibina samaada dalam bentuk satu sel atau gabungan beberapa sel dalam 1 unit sangkar.
7. Semua unit sangkar seharusnya dalam konsep mudah alih. Ini untuk memastikan sesi penyenggaraan mudah dikendalikan.
8. Pembinaan kotak anak
 |
Kotak anak |
Kotak anak adalah satu ruang yang dibuat khas sebagai tempat induk melahirkan anak. Kotak ini seharusnya dibina menggunakan meterial kayu/papan yang tidak terlalu keras. Kotak selain untuk dijadikan tempat induk beranak, tepi-tepi kotak juga boleh memberi peluang induk arnab mengasah gigi.
9. Bekas Makanan.
Bekas makan boleh disediakan menggunakan meterial terbuang dengan sedikit penambahbaik. Bekas plastik dan logam amat sesuai untuk dijadikan bekas makanan. Bagaimanapun, terdapat kecenderungan sesetengah arnab mempunyai sifat yang agak 'nakal'. Tabiat suka menterbalik, membuang najis dan duduk bersantai dalam bekas makanan adalah fenomena biasa bila menggunakan bekas makanan jenis ini.
Di pasaran, terdapat bekas makanan komersial yang mudah diurus dan dikendalikan. Namun begitu kos untuk perolehan peralatan ini agak tinggi. Bagaimanapun, penggunaan peralatan untuk jangkamasa panjang amatlah berbaloi.
10. Bekas Minuman
Secara tradisional, semua bekas yang boleh menakung air boleh digunakan sebagai bekas minuman arnab. Penggunaan bekas terpakai amat praktikal dari segi kos dan penggunaan semula bahan terbuang. Bagaimanapun penjagaan dan penyenggaraan agak lebih rumit berbanding dengan penggunaan bekas minuman komersial yang berupa sistem paip automatik atau botol berinjap.
0 comments:
Post a Comment